Thursday 27 April 2017

LAPORAN PERTANDINGAN 



sumber : Portal Rasmi SWCorp. Untuk maklumat lanjut klik disini
borang penyertaan klik disini


Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) adalah salah satu usaha Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk memberi pengiktirafan kepada setiap sekolah yang melaksanakan akitviti kitar semula dengan cemerlang di peringkat sekolah masing-masing.
Selain pertandingan, banyak aktiviti kitar semula yang dianjurkan seperti ceramah dan pameran, serta Pengkomposan "Takakura Home Method".


BAHAN-BAHAN BERKAITAN

Tahukah anda? Berapa lama sesuatu benda itu akan hancur/mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah jika di buang di tempat pelupusan sampah?

Jenis Bahan
Tempoh Masa Pereputan
Tisu Tandas
2-4 minggu
Beg kertas
1 bulan
Surat khabar
1-5 bulan
Kertas kadbod
2 bulan
Sarung tangan kain
3 bulan
Papan plywood
1-3 tahun
Stokin bulu
1-5 tahun
Kotak minuman
5 tahun
Puntung rokok
10-12 tahun
Kasut kulit
25-40 tahun
Bekas tin
50 tahun
Kasut but getah
50-80 tahun
Bekas simpanan dari plastik
50-80 tahun
Tin minuman aluminium
200-500 tahun
Botol plastik
450 tahun
Lampin pakai buang
550 tahun
Beg plastik
200-1000 tahun
Kaca
Anggaran 1-2 juta tahun

LAMPIRAN BERKAITAN

Image result for bahan berkaitan kitar semula
Salah satu poster Kempen Kitar Semula

Berikut adalah beberapa fakta mengenai kertas yang perlu anda ketahui:
  • Lebih dari 70% tenaga dapat dijimatkan jika kertas kitar semula diproses berbanding membuat kertas dari bahan asasnya. 
  • Proses kitar semula kertas mengurangkan 73% pencemaran udara berbanding proses membuat kertas dari bahan asasnya.
  • Di United Kindom sahaja, secara purata sebanyak 38kg kertas digunakan oleh setiap seorang penduduknya dalam setahun.
  • Sebanyak 24 pokok pine diperlukan untuk menghasilkan 1 tan kertas suratkhabar.
Kitar Semula Kertas
Kitaran Kertas
sumber : rileksminda

Monday 24 April 2017




AKTIVITI KITAR SEMULA


Gotong-royong
kitar14.8.14
Aktiviti kitar semula di SKPP8(1)

Pada 14 Ogos 2014, aktiviti kitar semula telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Persint 8(1). Aktiviti kitar semula ini merupakan program bulanan yang dianjurkan pihak sekolah bagi menyokong program kelestarian alam sekitar. Guru-guru dan ibu bapa pelajar telah menyumbang barangan kitar semula kepada pihak sekolah dan barangan tersebut akan dijual kepada pihak yang tertentu. Hasil jualan barangan tersebut akan dikumpul mengikut kelas dan diberikan kepada murid-murid. Di samping aktiviti ini dapat mengumpul dana bagi setiap kelas, aktiviti ini juga mampu mendidik warga SKPP8(1) untuk menjaga kelestarian alam sekitar. 


Kitar Semula Bahan Terbuang
Almari yang diperbuat dari kotak kasut dan tali kasar


Gambar di atas menunjukkan salah satu aktiviti kitar semula yang menggunakan bahan terbuang. Bahan-bahan utama yang digunakan ialah kotak kasut dan tali. Aktiviti ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan semua orang pasti boleh membuat almari ini.


Kempen Kitar Semula
Image result for kempen kitar semula
Kempen Alam Sekitar

Gambar di atas menunjukkan satu poster kempen alam sekitar yang pernah dianjurkan iaitu Kempen Menjaga Alam Sekitar. Kempen ini bertujuan untuk menerapkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Di dalam kempen ini, masyarakat haruslah mengasingkan bahan buangan ke dalam tiga tong sampah yang berbeza iaitu tong warna biru untuk kertas, tong warna coklat untuk botol dan tong berwarna jingga untuk bahan buangan seperti plastik. 


BERITA

Image result for surat OR khabar OR kitar OR semula "kitar semula"


Keratan surat khabar di atas ialah mengenai Kawasan Rukun Tertangga (KRT) digesa perlu melaksanakan kempen kitar aemula di kawasan penempatan masing-masing. KRT ialah sebuah organisasi yang mampu menjadi penggerak utama dalam masyarakat terutama di kawasan perumahan dan mampu melaksanakan program yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. KRT juga boleh mengadakan kempen kitar semula di dalam kawasan perumahan yang mana boleh menarik minat penglibatan orang awam mnyertai kempen ini. Tujuan kempen ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya tentang kebaikan kitar semula yang dapat memberi kesan kepada alam sekitar. 


Wednesday 12 April 2017

KITAR SEMULA

Selamat sejahtera semua 

Bagi perkongsian pertama ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang apa itu "Kitar Semula".



ALAM SEKITAR
Alam sekitar adalah alam di sekeliling yang merupakan anugerah Tuhan kepada kita. Kita sebagai manusia haruslah menjaga alam sekitar dengan baik. "Kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita namun hanya sekadar meminjamnya daripada anak cucu kita" pepatah yang selalu kita dengar dari para aktivis alam sekitar.

APA ITU KITAR SEMULA
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kitar semula adalah satu kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula. Kitar semula wajar diusahakan secara meluas agar bahan-bahan buangan itu dapat digunakan kembali.

KEPENTINGAN KITAR SEMULA KEPADA ALAM SEKITAR
Kitar semula sangat penting kerana sisa buangan boleh memberi kesan negatif yang besar kepada alam sekitar semula jadi. Antaranya ialah :
  1. Pelepasan gas metana (methane) dan penghasilan air larut resap (leachate) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan dan dari kilang. Namun, apabila kitar semula dilakukan ianya dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  2. Apabila hutan dimusnahkan, pemanasan global dan pemusnahan habitat haiwan akan berlaku. Jadi, kitar semula harus dilakukan agar dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, dan seterusnya sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. Selain itu, hutan yang sedia ada boleh dijadikan sebagai hutan simpan untuk melindungi habitat haiwan.
  3. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.
BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA
  1.  Kertas (buku, majalah, surat khabar, sampul surat dan kotak)
  2. Besi dan aluminium (barangan logam dan tin minuman)
  3. Plastik (bekas makanan plastik, beg plastik, botol syampu, botol air mineral dan minuman)
  4. Pakaian (pakaian lama seperti baju dan seluar yang tidak digunakan)
  5. E-waste (barangan elektrik seperti televisyen, komputer, dan radio lama)
BAHAN-BAHAN YANG TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA
  1. mentol
  2. tisu
  3. lampin pakai buang kanak-kanak
  4. Kaca tingkap
  5. Tin aerosol 
  6. Tin cat 
  7. Penggantung baju 
  8. Bahan perubatan 
  9. Penapis minyak
PROGRAM 3R (REUSE, REDUCE, RECYCLE)
3R merupakan singkatan dari Reuse, Reduce dan Recycle yang berarti mengunakan ulang, mengurangi, dan mendaur ulang sampah. 3R merupakan konsep penanganan sampah. dengan menerapkan konsep 3R diharapkan jumlah sampah yang dibuang dapat dikurangkan.

REUSE (Guna Semula)
  • Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  • Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga bolehdigunakan sebagai kertas skrap.
  • Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  • Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  • Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  • Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbukaadalah salah di sisi undang-undang.
  • Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

REDUCE (Pengurangan)
  • Hanya beli apa yang diperlukan. Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  • Beli produk yang boleh diguna semula seperti barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  • Beli pencuci serbaguna bagi mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  • Beli barangan yang kurang bungkusan untuk mengurangkan sampah yang akan dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  • Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan. Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  • Beli produk tidak bertoksik. Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh digunasemula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  • Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
  • Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

RECYCLE (Kitar semula)
  • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakan tong-tong kitar semula yang disediakan untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
  • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
  • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos,iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalahcara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
  • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.


Tong kitar semula

PENJELASAN TENTANG TONG KITAR SEMULA

Warna
Coklat
Biru
Jingga
Kegunaan
Kaca
Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin dan botol kosmetik.
Kertas
Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah, kalender, kad, sampul surat dan kotak kadbod.
Tin aluminium, tin keluli dan plastik
Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan plastik.
Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin.
Tidak termasuk
Cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal dan balang atau botol bahan toksik.
Kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik, dan kertas yang kotor.
Bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom.

LAPORAN PERTANDINGAN  sumber : Portal Rasmi SWCorp. Untuk maklumat lanjut klik  disini borang penyertaan klik  disini Perta...

Back to Top