Wednesday 12 April 2017

KITAR SEMULA

Selamat sejahtera semua 

Bagi perkongsian pertama ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang apa itu "Kitar Semula".



ALAM SEKITAR
Alam sekitar adalah alam di sekeliling yang merupakan anugerah Tuhan kepada kita. Kita sebagai manusia haruslah menjaga alam sekitar dengan baik. "Kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita namun hanya sekadar meminjamnya daripada anak cucu kita" pepatah yang selalu kita dengar dari para aktivis alam sekitar.

APA ITU KITAR SEMULA
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kitar semula adalah satu kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula. Kitar semula wajar diusahakan secara meluas agar bahan-bahan buangan itu dapat digunakan kembali.

KEPENTINGAN KITAR SEMULA KEPADA ALAM SEKITAR
Kitar semula sangat penting kerana sisa buangan boleh memberi kesan negatif yang besar kepada alam sekitar semula jadi. Antaranya ialah :
  1. Pelepasan gas metana (methane) dan penghasilan air larut resap (leachate) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan dan dari kilang. Namun, apabila kitar semula dilakukan ianya dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  2. Apabila hutan dimusnahkan, pemanasan global dan pemusnahan habitat haiwan akan berlaku. Jadi, kitar semula harus dilakukan agar dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, dan seterusnya sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. Selain itu, hutan yang sedia ada boleh dijadikan sebagai hutan simpan untuk melindungi habitat haiwan.
  3. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.
BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA
  1.  Kertas (buku, majalah, surat khabar, sampul surat dan kotak)
  2. Besi dan aluminium (barangan logam dan tin minuman)
  3. Plastik (bekas makanan plastik, beg plastik, botol syampu, botol air mineral dan minuman)
  4. Pakaian (pakaian lama seperti baju dan seluar yang tidak digunakan)
  5. E-waste (barangan elektrik seperti televisyen, komputer, dan radio lama)
BAHAN-BAHAN YANG TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA
  1. mentol
  2. tisu
  3. lampin pakai buang kanak-kanak
  4. Kaca tingkap
  5. Tin aerosol 
  6. Tin cat 
  7. Penggantung baju 
  8. Bahan perubatan 
  9. Penapis minyak
PROGRAM 3R (REUSE, REDUCE, RECYCLE)
3R merupakan singkatan dari Reuse, Reduce dan Recycle yang berarti mengunakan ulang, mengurangi, dan mendaur ulang sampah. 3R merupakan konsep penanganan sampah. dengan menerapkan konsep 3R diharapkan jumlah sampah yang dibuang dapat dikurangkan.

REUSE (Guna Semula)
  • Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  • Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga bolehdigunakan sebagai kertas skrap.
  • Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  • Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  • Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  • Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbukaadalah salah di sisi undang-undang.
  • Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

REDUCE (Pengurangan)
  • Hanya beli apa yang diperlukan. Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  • Beli produk yang boleh diguna semula seperti barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  • Beli pencuci serbaguna bagi mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  • Beli barangan yang kurang bungkusan untuk mengurangkan sampah yang akan dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  • Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan. Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  • Beli produk tidak bertoksik. Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh digunasemula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  • Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
  • Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

RECYCLE (Kitar semula)
  • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakan tong-tong kitar semula yang disediakan untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
  • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
  • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos,iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalahcara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
  • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.


Tong kitar semula

PENJELASAN TENTANG TONG KITAR SEMULA

Warna
Coklat
Biru
Jingga
Kegunaan
Kaca
Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin dan botol kosmetik.
Kertas
Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah, kalender, kad, sampul surat dan kotak kadbod.
Tin aluminium, tin keluli dan plastik
Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan plastik.
Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin.
Tidak termasuk
Cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal dan balang atau botol bahan toksik.
Kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik, dan kertas yang kotor.
Bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN PERTANDINGAN  sumber : Portal Rasmi SWCorp. Untuk maklumat lanjut klik  disini borang penyertaan klik  disini Perta...

Back to Top